[sikit2 Takaful Eee, Bosan Lahh!!!]
[sikit2 TAKAFUL eee, bosan lahh!!!]
.
.
Mencarum dalam Takaful bukan bermakna anda tak yakin dengan rezeki Allah atau ber'aqidah'kan duit semata mata.
Sedangkan hari hari kamu pergi keluar bekerja atau berniaga. Mencari duit untuk sara hidup. Adakah apa yang kamu buat tu bermakna aqidah dah bertukar kejar duit, kejar dunia?
Kenapa tak duduk rumah je? Kenapa tak lepak atas katil saja, sambil doa biarlah Allah berikan duit melimpah penuh satu almari?
Itulah silapnya cara kamu berusaha
Kamu ingat Tawakkal tu cukup sekadar yakin pada Allah tanpa perlu berusaha bersungguh-sungguh
Tugas utama Takaful adalah untuk melindungi KEUPAYAAN kamu mencari rezeki untuk keluarga. Kerja yang kamu buat sekarang, semuanya bergantung pada usaha kamu. Kamu ingat, tak usaha pun kamu akan dapat duit tak putus putus?
Sedarlah bahawa kalau kamu sudah sakit teruk yang kritikal atau hilang upaya bekerja, kamu sudah hilang keupayaan mencari rezeki. Apatah lagi kalau kamu sudah meninggal dunia. Apa majikan atau bisnes kamu masih dapat beri pendapatan tak putus putus pada keluarga?
Misal kata pendapatan kamu 5,000 sebulan
Siapa yang akan ganti semula gaji kamu?
Adik beradik kamu?
Kawan sepejabat kamu?
Rakan masjid kamu?
Baitulmal?
Pusat Pungutan Zakat?
Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Takde sapa yang akan bantu berterusan
Sebab kamu sendiri pe'el tak pernah derma berterusan tiap tiap bulan pada orang yang sama
Sebab itulah kamu perlukan Takaful.
#iAmAdvisor
#zurichTakaful