
"Saya ni kakitangan awam. Dah dilindungi dengan skim kerajaan dah. Penasihat kewangan saya cakap, takpe berhentikan caruman Takaful saya dulu dan gunakan duit tu untuk bayar hutang atau buat pelaburan. Nanti bila kewangan saya dah okay, atau dah naik gaji ke, baru mohon balik"
Puan dah berkhidmat berapa lama?
"7 tahun dah"
Pendapatan kasar puan?
"Dalam RM4,350 sebulan di mana RM900 adalah elaun, RM3,450 adalah gaji pokok"
Puan faham ke apa skim kerajaan yang melindungi puan?
"Biasalah.. Saya ambil skim pencen dan kemudahan hospital awam pun percuma"
Puan sedar tak berapa pencen puan dapat kalau terpaksa bersara awal kerana kesihatan?
Gaji pokok terakhir x berapa bulan berkhidmat, kemudian bahagi 600
RM3,450 x 84 bulan, bahagi 600
Pencen bulanan = RM483
Dari income RM4,350 sebulan, income puan jatuh kepada RM483 sebulan. Boleh hidup tak? Itu belum tolak hutang yang dipotong melalui Biro Angkasa dan hutang hutang lain. Boleh hidup tak?
Kalau puan sakit kritikal dan dapatkan rawatan di hospital awam, dapat rawatan segera tak? Saya kasi contoh sakit kanser lah puan. Bila mula mula puan pergi hospital, kena beratur lama, tunggu giliran berjam-jam sama warga asing. Puan boleh tahan tak?
Kalau benar sakit kritikal, nak set appointment jumpa doktor pakar, kena tunggu 2 minggu pulak. Boleh tahan tak? Bila nak buat rawatan kanser, kena tunggu giliran 2-3 bulan pulak, puan boleh tahan tak?
Kalau sel kanser tu merebak 50% dalam masa seminggu, apa puan nak buat? Cukup duit nak masuk hospital swasta tak?
Sekarang saya tanya puan balik;
Skim kerajaan mana yang bantu selesaikan bencana kewangan yang puan hadapi nanti?
Kalau betul puan nak terminate polisi Takaful tu, penasihat kewangan puan tu nak tanggung ke semua kerugian tu dan kasi income bulan-bulan kat puan? Takde kan??
#JomAbamBantu