Nak Convert Polisi Insurans Konvensional Ke Takaful Sekalipun,

Nak convert polisi insurans konvensional ke Takaful sekalipun, kena tengok tengok jugak beberapa perkara. Jangan main suruh je surrender konvensional, masuk Takaful pula.

1) Pastikan faedah takaful baru lebih banyak dari polisi konvensional. Dulu coverage RM500,000, anda pindah ke Takaful kasi coverage RM100,000 je, adakah itu akan bantu client? Selesai tak masalah kewangan dia nanti?

2) Pastikan anda transfer client yang benar-benar sihat sahaja. Yang dah banyak claim, yang ada penyakit itu ini, biar dia kekal dengan polisi lama walaupun konvensional. Karang buat naya je, polisi Takaful anda tak cover itu ini, sebab ada pengecualian itu ini, walhal polisi lama dulu dah covered. Apa anda nak jawab nanti bila claim takaful dia ditolak?

3) Pastikan selepas ambil polisi Takaful baru, polisi insurans konvensional lama jangan ditamatkan serta merta. Biar ia hidup sendiri selama setahun at least, dengan nilai tunai yang ada, walaupun client tak sambung bayar lagi. Ini kerana polisi Takaful baru akan siasat apa-apa claim yang meragukan dalam 2 tahun pertama. Bukannya terus bayar serta merta. Client perlukan polisi konvensional yang lama untuk buat claim, agar musibah yang berlaku, dapat ditangani.

4) Pastikan anda isytihar kesihatan dengan jujur. Jangan aniaya client dengan convert ke Takaful, tapi maklumat kesihatan anda tipu atau tak declare. Karang yang lama dah terminated, takaful yang baru tak covered atau claim reject. Yang merana client. Keluar hukum haram pandai. Menipu maklumat client tak pulak sedar haram?