
MASALAH TAKAFUL HIBAH
Benda yang anda mungkin tak tau atau tak faham tentang polisi Hibah
1 - Polisi Takaful Hibah TAK WUJUD. Hibah tu bukan produk Takaful. Hibah tu cara AGIHAN pampasan kematian. Semua produk Takaful yang ada pampasan kematian, BOLEH DIHIBAHKAN. Bukan produk syarikat tertentu sahaja
2 - Kebanyakan ejen guna istilah Polisi Hibah untuk jual polisi kosong, yang hanya ada pampasan kematian atau hilang upaya kekal sahaja (basic coverage). Faedah tambahan kalau ada, cuma waiver caruman bila kena penyakit kritikal.
Dalam erti kata lain, polisi sebegini TAK BAYAR APA-APA bila anda sakit kritikal, masuk hospital atau cacat sebelah anggota bila ditimpa kemalangan. Anda kena tunggu mati atau hilang upaya kekal baru dibayar pampasan. Selesai tak masalah anda ketika tu?
3 - Hibah Takaful tak sama dengan Hibah melalui Wasiat untuk harta lain. Hibah bawah Takaful, boleh beri hingga 100% kepada sesiapa sahaja, mengikut peratusan yang anda kehendaki, malah kepada anak2 bawah umur 18 tahun pun boleh, melalui pemegang amanah yang anda sendiri lantik.
Elakkan diri anda diberi maklumat yang kurang tepat tentang hibah atau keperluan Takaful anda. Sebab anda perlukan Takaful yang turut sama cover musibah lain, bukan cover mati / lumpuh sahaja