Jangan Tunggu Dah Kena Baru Nak Percaya

JANGAN TUNGGU DAH KENA BARU NAK PERCAYA

Saya tak lalui pengalaman seperti seorang doktor, yang menyelamatkan nyawa ketika sakit atau cedera ditimpa kemalangan.

Saya juga tak lalui pengalaman seperti seorang bomba, menyelamatkan nyawa ketika kebakaran atau tersepit dalam kemalangan.

Tapi saya sekadar nak beritahu anda yang
Cerita tentang orang ditimpa kesusahan kerana pencari nafkah MATI, LUMPUH, SAKIT KRITIKAL ATAU KEMALANGAN adalah real (benar).
Dan kalau anda tak lakukan persediaan awal dengan betul
Anda tak akan dapat tangani masalah di atas dengan berkesan

Sebab apa saya berani cakap sedemikian?
Sebab saya dah lalui dan lihat sendiri keperitan hidup selepas manusia ditimpa musibah sedemikian
Bukan saja keluarga porak peranda kerana kehilangan orang tersayang
Tapi income berterusan yang sangat penting untuk keluarga
Tidak lagi kelihatan untuk tampung keperluan

Saya bersyukur kerjaya saya sebagai konsultan takaful buat saya sentiasa rendah diri
Walaupun dicemuh, dipandang rendah atau diperlekeh setiap hari
Namun saya tahu akan tiba masanya anda tercari cari kami
Berharapkan adanya simpati, untuk diterima kembali

Oleh itu saya nak berpesan kepada saudara saudari
Jangan ditakuti ejen takaful macam kami
Kerana kami nak tolong beri duit gantirugi
Sesuatu yang akan bantu anda walaupun sesudah mati!

#jomAbamBantu